TEATER MUZIKAL KANAK KANAK : SITI DI ALAM FANTASI 2019


πŸ“Œ @sitidialamfantasi
πŸ“ Panggung Sari Istana Budaya , Jalan Tun Razak , Kuala Lumpur , Malaysia @istanabudaya
Tarikh : 21 to 26 November 2019

Skrip & Arahan : Puan @aminahrhapor
Teater kali ini dibintangi oleh @jannanick , Johan & Ozlynn @jozlynnhanania , @abam_bocik dan penampilan khas @isseyfazlisham , @fizoomar , Datin Paduka @umieaida9 , Dato’ @zielajalil , Isma Halil dan Artis Tari Istana Budaya .

Tiket : RM38, RM48, RM58, RM68, RM78, RM88, RM98 dan RM108 (Gold seats)
More info : @sitidialamfantasi | @airasiaredtix | www.roticanaitraveller.blogspot.com | @istanabudaya | @roticanaitraveller














  










 

 


    

Sinopsis: 

Siti seorang gadis yang cantik tetapi sombong. Bapa Siti, Tuan Malim, meraikan hari jadi Siti dengan meriah. Tiba-tiba datang satu bayang besar mencuri geliga keturunan keluarga Siti. Akibatnya, Rumah Tuan Malim dan semua tetamu menjadi kaku. 

Mamat, anak tukang kebun, diberi amanah untuk menjaga dan membantu Siti dalam mencari geliga. Gergasi Batu memberitahu bahawa kekayaan mereka datang daripada tuah geliga. Jika tidak menjumpai geliga yang hilang, kelak akan apa kedana tujuh keturunan.

Kemudian Gergasi Batu menelan Siti dan Mamat, dan mereka memulakan pengembaraan. Mereka berjumpa Pokok yang turut menyertai mereka dalam mencari geliga.

Mereka bertemu dengan sekumpulan lipas. Selepas bertanya arah, Ketua Lipas berpesan jalan ke kanan jangan ke kiri. Namun Siti yang sombong tidak mendengar kata dan berdegil untuk mengikut jalan ke kiri. Seekor sesumpah sudah menunggu untuk memakan mereka. 

Mereka berlari dan berjumpa dengan Bayan yang patah kepak. Siti tidak berbelas kasihan terhadap Bayan, dan hatinya yang jahat dan sombong menyebabkan Siti berbunyi keldai.


Mereka meneruskan perjalanan dan bertemu dengan Si Kelip Api yang mengorbankan lampunya kepada Siti sebagai penyuluh jalan.
Seterusnya mereka berjumpa dengan Ulat Bulu yang ponteng sekolah, dan dihukum campak ke sarang Ratu Labah-labah. 

Siti kemudiannya diculik oleh Ratu Katak yang memaksa Siti untuk berkahwin dengannya. Permaisuri-permaisuri Katak marah dan mencampakkan Siti ke dalam laut. Di dalam laut, Siti berjumpa dengan Ratu Duyung. Ratu Duyung memberitahu pencuri geliga ialah Lipan! Maka berlakulah pertarungan antara Siti dan Lipan.


Berkat kawan-kawan yang setia, Siti berjaya mendapatkan semula geliga. Bayan telah terkorban, begitu juga dengan Sesumpah yang menyelamatkan Siti daripada disengat Lipan. Siti melepaskan Sesumpah daripada sumpahan dan berubah menjadi Putera Raja semula. 

Akhirnya semua kembali kepada sedia kala. Pengalaman mengajar Siti untuk berhati mulia. Siti menyedari bahawa “Selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang. Kaya bukan angkuh meraja, miskin bukan hamba selamanya.”

[Synopsis Source : istanabudaya.gov.my]

Comments

Popular posts from this blog

Iftar 2024 di Talia World Selera Al-Mubarak Kg Melayu Subang

IT’S A PUNK ROCK AFFAIR AT THE BEE WITH LOCAL PUNK ROCK LEGENDS, BUNKFACE & ONE BUCK SHORT

HILTON KUALA LUMPUR THIS RAMADAN 2022